Sabtu, 19 April 2014

Aku jatuh cinta lagi

bab 1

“Ya encik,saya dalam perjalanan nak jumpa encik sekarang.maaf,sebab jalan sesak tadi.saya..”
Buk!!
Danny terjelopok di lantai,telifonnya terus dicapai setelah tercampak akibat terlanggar dengan seseorang.apabila Danny cuba bangun,namun gadis itu seakan terpana memandangnya.Danny memandangnya tanpa berkelip,kenapa gadis ini belum bangun lagi?gadis itu seakan terdengar  ucapan dalam hatinya,mata gadis itu tiba-tiba berkelip memandang Danny dan seolah-olah kebingunan.
“eh,maaf encik.saya tak sengaja”pohon gadis itu lalu cuba bangun dari badan Danny.Danny tersenyum sambil menggeleng laju kepalanya.ya Allah,handsome giler mamat ni!katanya di dalam hati.Danny tiba-tiba terkejut kerana gadis itu seakan terpinga-pinga mencari sesuatu sambil matanya berkelip-kelip.
“kenapa cik?ada masalah?”soal Danny cuba ingin membantu.gadis itu terus mencari-cari di sekeliling danny,dia meraba-raba badan Danny seolah untuk mencari sesuatu.
“cermin mata saya,mana cermin mata saya?matilah saya kalau cermin mata saya hilang,saya tak Nampak ni..”rungut gadis itu,lalu danny cuba mencari.tiba-tiba matanya terpandang akan cermin mata gadis itu.tangannya terus dicapai sambil menggerakkan badannya ke arah itu.gadis itu tersenyum,tanpa menunggu lagi,gadis itu terus mengambil beg duit lelaki itu di belakang poket seluarnya.Apabila cermin mata itu sudah di ambil,cepat-cepat gadis itu menyembunyikan beg duit lelaki itu di dalam begnya.
“ini cik..”tanpa sedar Danny terus memberikan cermin mata kepada gadis itu,gadis itu terus memakai cermin mata.
“terima kasih encik,terima kasih encik..”ucap gadis itu,lelaki itu terus mengangguk.
“sama-sama,no hal lah”balas lelaki itu.
“ha,sebelum tu.saya nak nasihatkan encik.jalan tu gunalah mata,jangan suka-suka hati je langgar saya.nasib baik cermin mata saya tak pecah,kalau tak,tak berjalanlah saya.yelah,mana saya ada duit nak beli kaca mata baru”bebel gadis itu membuatkan Danny tergelak.

“kelakar lah awak ni,kalau macam tu saya minta maaf.”belum sempat gadis itu mahu membalas,telifon Danny berbunyi.danny terus mengangkat telifon itu sambil bangun daripada duduk bercangkung.
“ya encik,ya saya..”jawab Danny di telifon sambil menuju pergi,dengan ketakutan gadis itu terus beredar daripada di tangkap oleh lelaki ini pula.

bab 2

Lisya sibuk mengemas barang-barang jualan di pasar itu,usai mengemas matanya terus memandang ke arah kawannya yang kepenatan.emh,mesti baru balik mencelup saku ni.katanya di dalam hati sambil mengeluh
“dapat dompet jenis apa hari ini?”soal Lisya lalu terus duduk di sebelah kawannya itu.Dian mencebik lalu meneguk air mineral di mulutnya.
“eh,kenapa pulak ni dian?”soal Lisya pelik sambil memandang ke arah sahabatnya itu.
“tak adapun,tak dapat apa-apa pun.nasib baik selamat,kalau tak..”rungut Dian lalu meneguk kembali air.Lisya lantas tergelak apabila mendengar cerita Dian.pasti dia ni guna cara yang sama.
“dian,dian..tulah,mesti kau guna cara yang sama kan?kalau kau nak tahu,cara buat-buat jatuh tu cara lapuk tahu tak.”komen Lisya masih ketawa,Dian hanya diam sambil mendengar komen kawannya.
“kau tahu tak Dian,kalau kau selalu buat cara macam tu nanti semua akan tahu.kalau orang lain tahu,habislah kau.kalau kau tertangkap,mesti masuk penjara.kau nak ke?tapi,tu masih nasib baik.kalau kau kena belasah macam mana?kau tak sayang ke muka kau yang cantik ni..”bebel Lisya yang terus tergelak,Dian terus mencebik.sakit hati betul bila diketawakan oleh kawannya,tapi dia terpaksa,dia tak boleh pula untuk berterus terang..hish
“kau ni dian,tak takut ke kalau kau tertangkap?dian..dian..”nasihatnya lagi,lalu Dian memandang muka Lisya sambil mencebik.
“kau ni Sya,makin hari makin ‘bawel’ tahu tak?macam mak nenek je!”rungut Dian yang menekankan ayat ‘bawel’ itu,dia bosan, hari-hari mendengar ceramah daripada Lisya,dia berjaya ke atau tak pasti diceramahkan oleh Lisya..tapi,kalau Lisya tahu dia berjaya,pasti dia tak akan digelakkan..huh..dia terus bangun untuk pergi.tergeleng-geleng Lisya memandang Dian dengan sisa gelaknya.
“kau ni,orang nasihat pun nak marah..”katanya lagi sambil mengemas barang jualan itu.